Starbucks Perkenalkan Polisi Baru, Tak Boleh ‘Study’ & ‘Lepak’ Kalau Tiada Sebarang Pembelian

LocalBusiness & Finance
16 Jan 2025 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jenama kopi terkenal di seluruh dunia iaitu Starbucks, baru-baru ini, ada memaklumkan polisi terbaru mereka yang akan dimulakan pada 27 Januari ini.

Kena buat pembelian baru boleh ‘lepak’

Difahamkan, polisi baru ini tidak akan lagi membenarkan orang ramai duduk di dalam premis tersebut ataupun menggunakan tandas mereka jika tidak membuat sebarang pembelian.

image is not available

Polisi ini dibuat bagi memastikan suasana kedai lebih kondusif dan berpihak kepada pelanggan yang membeli minuman atau makanan di Starbucks.

Tidak boleh mengemis, ganggu pelanggan

Ini adalah langkah praktikal untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan berbayar. Kami mahu memastikan semua orang merasa selesa dan disambut di kedai kami.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, polisi baru ini juga akan melarang sebarang aktiviti mengemis atau kelakuan menganggu pelanggan.

Sekadar info, Starbucks pernah membuat polisi orang ramai boleh menggunakan kemudahan mereka tanpa sebarang pembelian susulan insiden di Philadelphia, di mana pengurus kedai menelefon polis selepas mendapati dua orang lelaki berkulit gelap menunggu di kedai tetapi tidak membuat sebarang pembelian.

image is not available 2 months ago

“Siapa Kata Boikot Tak Bagi Impak...”- Berjaya Food Bhd Rekodkan Kerugian RM33.68 Juta Gara-Gara Kempen Boikot Starbucks

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved