
Cawangan Starbucks di lapangan terbang Kuching (KIA) akan dibuka lebih awal mulai 5 pagi
Starbucks X Blackpink Bermula Esok, Beratur Di Starbucks Airport Kuching Seawal 5 Pagi. Bersempena musim panas, Starbucks telah melancarkan kolaborasi istimewa bersama kumpulan pop sensasi Korea Selatan, Blackpink yang bakal mencetuskan pengalaman baharu buat peminat mereka di Malaysia.
Kolaborasi eksklusif bersama Blackpink yang dinanti-nantikan di rantau Asia Pasifik itu akan memperkenalkan minuman Frappucino ikonik berserta koleksi bekas minuman dan barangan gaya hidup bertemakan Blackpink eksklusif di cawangan Starbucks terpilih di Malaysia, termasuk di Sarawak.

Seorang staff berkongsi maklumat cawangan Starbucks Airport Kuching akan dibuka lebih awal
Dalam pada itu, seorang individu atau pekerja Starbucks di Sarawak memaklumkan bahawa cawangan Starbucks Airport Kuching akan dibuka lebih awal, iaitu seawal 5 pagi.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, difahamkan orang ramai boleh datang seawal 5 pagi untuk beratur dan pada pukul 6 pagi tepat sudah boleh membuat pembelian.
Dengan pembukaan lebih awal ini, peminat Blackpink atau digelar sebagai ‘Blinks’ boleh merancang untuk datang lebih awal, mengelakkan kehabisan stok atau masa beratur yang panjang.

5 produk sahaja dibenarkan setiap pelanggan
Namun, perlu diingatkan bahawa setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli 5 barang atau produk sahaja pada setiap kali transaksi.
Jika pelanggan berhasrat untuk membeli lebih dari 5 barang, mereka perlu beratur sekali lagi. Ini adalah langkah yang diambil untuk memberi peluang kepada pelanggan lain untuk menikmati produk Starbucks X Blackpink juga.
Bermula esok, 25 Julai
Koleksi barangan tersebut akan mula dijual pada pada 25 Julai, esok yang menampilkan sentuhan cetakan gaya coretan Blackpink dengan elemen ceria dan berani.

Selain ciri khas yang diinspirasikan daripada kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu ‘Pink Venom’ itu yang pasti akan membuatkan ‘Blinks’ teruja.
Semoga dengan pembukaan lebih awal ini, pihak Starbucks dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan memenuhi keperluan setiap pelanggan.
