Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.

LocalCars
17 Oct 2025 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.

Untuk pasaran tempatan, Staria yang dihasilkan dari Kulim, Kedah hadir dalam empat varian iaitu: Style (10-tempat duduk) berharga RM179,888, diikuti varian Prime (10-tempat duduk) berharga RM196,888 dan Prestige(10-tempat duduk) berharga RM209,888 manakala varian Prestige (7-tempat duduk), dijual pada harga RM267,888.

image is not availableimage is not available

Harga berkenaan adalah harga atas jalan tanpa insuran, dan setiap pembelian akan dilindungi waranti pengeluar selama lapan-tahun atau 160,000 km.

Selain itu HMY turut mengesahkan bahawa MPV Staria CKD kini boleh didapati di semua pengedar sah di seluruh negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan HMM Jahabarnisa Haja Mohideen berkata, pihaknya membuat kenyataan berani apabila menubuhkan Hyundai Motor Malaysia. bahawa kami berada di sini untuk kekal. Dan di sini untuk kekal bermakna kestabilan, kepercayaan, dan kehadiran jangka panjang di Malaysia," katanya.

image is not available

Bagi yang berminat Staria CKD antara model yang tersenarai dalam promosi akhir tahun HMY dan anda akan menerima pakej servis penyelenggaraan berkala percuma termasuk kos alat ganti dan upah sebanyak lapan kali atau digantikan dengan tunai RM6,000.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Tidak ketinggalan, tawaran eksklusif tambahan RM5,000 untuk varian terpilih, dan pilihan baucer gaya hidup bernilai RM2,000 dalam myHyundaiRewards atau bonus RM1,500.