Starlink Akan Menyahorbit 100 Satelit Yang Bermasalah

TechnologyDigital
15 Feb 2024 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak 2019, Starlink sudah menawarkan perkhidmatan internet satelit ke kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan internet konvensional. Mereka kemudiannya memasuki pasaran Malaysia tahun lalu dan kemudian menawarkan pula perkhidmatan selular satelit. Starlink telah mengumumkan mereka akan menyahorbit 100 satelit di angkasa yang dikesan bermasalah.

image is not available

Kesemua 100 satelit ini masih lagi berfungsi tetapi isu yang dikesan membuatkan ia boleh berhenti beroperasi pada bila-bila masa. Sebelum ini terjadi dan gangguan kepada perkhidmatan berlaku, satelit akan dinyahorbit secara berperingkat dalam masa tiga bulan.

Angka 100 satelit nampak seperti jumlah yang besar tetapi hakikatnya pada ketika ini Starlink sudah mempunyai hampir 6000 satelit di angkasa lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved