Starlink, syarikat pembekal sambungan internet satelit dibawah pengelolaan SpaceX merupakan sebuah jenama yang banyak diperkatakan kebelakangan ini bersama-sama Tesla kerana pertemuan atas-talian diantara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemilik SpaceX dan Tesla, Elon Musk.
Pada minggu lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta untuk pihak kerajaan membeli sejumlah piring satelit Starlink untuk dipasang di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan walaupun pada masa tersebut, Starlink masih belum beroperasi secara rasmi di Malaysia.
Saya telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini.
Ini sekaligus membenarkan Starlink menyediakan perkhidmatan internet satelit di Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman. pic.twitter.com/Ywtyug62P6
(@fahmi_fadzil) July 20, 2023
Terkini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah memberikan lesen Pemberi Kemudahan Dan Perkhidmatan Rangkaian kepada Starlink, dan ini membolehkan syarikat tersebut untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejut seperti yang disangka, kerana pra-tempahan untuk perkhidmatan Starlink ini sudahpun mula diperkenalkan melalui laman web mereka sejak bulan Mei tahun ini. Cuma dengan pengumuman ini, ia boleh dikatakan dengan kepastian bahawa Starlink akan beroperasi di Malaysia tidak lama lagi.




