Starlink Kini Mempunyai 9 Juta Pelanggan Aktif Bulanan

WorldTechnology
24 Dec 2025 • 10:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Starlink mengumumkan mereka kini mempunyai lebih 9 juta pelanggan aktif bulanan di 155 negara dan kawasan di seluruh dunia. Ini adalah peningkatan daripada 8 juta pelanggan yang diumumkan awal November lalu. Angka terbaru ini adalah baik untuk masa depan syarikat internet satelit yang hanya mula menawarkan perkhidmatan mereka lima tahun yang lalu.

image is not available

Sejak dilancarkan, Starlink membuktikan terdapat pasaran untuk perkhidmatan internet satelit berkelajuan tinggi walaupun ditawarkan pada harga yang lebih premium. Di Malaysia, perkhidmatan mereka telah ditawarkan sejak Julai 2023 dengan UiTM Kuala Pilah menjadi lokasi pertama ia dipasang dalam negara.

Walaupun dilancarkan sebagai perkhidmatan internet untuk kawasan terpencil, Starlink kini turut digunakan dalam kenderaan, kapal terbang dan kapal laut dengan kelajuan internet lebih pantas berbanding sistem sebelum ini. Ia juga telah digunakan dalam perang Ukraine-Russia dan diubahsuai untuk dipasang pada dron kamikaze secara haram oleh Rusia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved