Starlink Mini Kini Mula Ditawarkan Untuk Pelanggan Amerika Syarikat – Menggunakan Langganan Starlink Roam

TechnologyDigital
11 Jul 2024 • 6:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan lepas, Starlink telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan perkhidmatan langganan internet satelit Starlink Mini yang mana pelanggan perkhidmatan ini boleh membawa piring satelit mereka untuk digunakan di pelbagai lokasi berbeza.

image is not available

Terkini, Starlink telah mula menjual piring satelit mudah-alih ini untuk para pelanggan di Amerika Syarikat terlebih dahulu, dimana ia hadir dengan tanda harga pemilikan $599. Produk ini dilihat menggabungkan piring satelit dan juga penghala WiFi dalam satu pakej yang memudahkan para pelanggan mereka untuk membolehkan mereka menggunakan sambungan internet ini dimana-mana sahaja di negara tersebut.

image is not available

Apa yang unik mengenai produk ini juga ialah ia cukup padat untuk dijana dengan sambungan pengecasan USB-PD 100W dan hadir dengan saiz sebuah komputer riba yang cukup padat sekali dan mudah dibawa kemana-mana.

image is not available

Sebelum ini, Starlink Mini ditawarkan hanya untuk para pelanggan Starlink Residential sahaja, tetapi Starlink kini turut menawarkannya untuk para pelanggan Starlink Roam yang mungkin adalah perantau digital yang bekerja bukan sahaja di luar pejabat, tetapi mungkin lebih menghampiri alam sekitar, yang terhad kepada penggunaan data 50GB sebulan dan kelajuan penghantaran data 100Mbps.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah Starlink Mini ini akan ditawarkan untuk pasaran-pasaran di luar Amerika Syarikat, khususnya Malaysia.