Starlink Umum Perkhidmatan Selular Berasaskan Satelit – Bermula Permesejan Pada 2024, Panggilan Dan Data Pada 2025

TechnologyDigital
12 Oct 2023 • 10:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Starlink merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan satelit yang telah pun ditawarkan di Malaysia. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk melanggan perkhidmatan internet melalui satelit, dan menggunakan akses internet dimana-mana kawasan – termasuk di pendalaman.

image is not available

Terbaru, hari ini Starlink turut mengumumkan perkhidmatan baru dibawah mereka, dinamakan “Direct to Cell”. Melalui perkhidmatan berkenaan, Starlink menyasarkan penawaran perkhidmatan selular pada telefon melalui satelit.

Melalui halaman khusus yang disediakan oleh Starlink, mereka menyenaraikan akan menawarkan ciri permesejan bermula 2024 kelak, dan diikuti oleh perkhidmatan panggilan suara dan data bermula 2025.

image is not available

Menariknya adalah, ciri Direct to Cell ini dikatakan boleh digunakan pada telefon LTE sedia ada, dan tiada keperluan khusus untuk menggunakan perkhidmatan ini. Ia dikatakan perkhidmatan ini boleh digunakan seumpama perkhidmatan perayauan (roaming) sedia ada pada hari ini.

image is not available

Dengan perkhidmatan ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan permesejan, panggilan dan data = pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, tanpa risau terutamanya ketika berada dikawasan tanpa menara pemancar untuk perkhidmatan telekomunikasi utama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan Starlink Direct To Cell ini pada tahun hadapan.