Startup Week Malaysia 2023 Akan Berlangsung Pada 1-9 Disember Di Seluruh Negara

TechnologyDigital
22 Nov 2023 • 6:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini, acara Startup Week Malaysia 2023 dianjurkan dengan cara yang berbeza. Ia akan bergerak dari negeri ke negeri di seluruh negara bermula 1 Disember ini sehingga 9 Disember. Acara ini dianjurkan oleh organisasi pemula seperti Female Founders in Malaysia,
Nextupasia, Asia School of Business, dan juga Cradle.

Acara ini akan berada di Penang, Johor, Kota Kinabalu dan Pelabuhan Kelang. Di acara ini akan terdapat pelbagai program dan turut disertai oleh pelabur-pelabur, pengasas syarikat terkenal, ketua komuniti dan pemain industri yang akan membantu para peserta untuk menjayakan syarikat pemula masing-masing.

image is not available

Berikut adalah antara program yang boleh disertai sepanjang Startup Week Malaysia 2023;

  • Startup School – 4 Disember
    • Seminar bersama pengasas RK Digital, Richard Ker.
    • Seminar bersama Mike Smith dari 1337 Ventures.
  • Peer Power: Level-Up & Thrive Together
    • Berhubung bersama pakar dalam penjenamaan, sokongan perniagaan dan undang-undang.
  • Pitch@ASB
    • Pelajari gaya pembentangan idea dan menerima maklum balas.
  • Bridging the Tech Talent Gap in Malaysia
    • Perbincangan beramai-ramai bersama wakil MalaysianPAYGAP dan 42KL,
  • Sesi bersama Ah Beng GPT – Pencipta Dylan Tan
    • Penggunaan AI dalam pemasaran.
  • Start Up Week Slow Run dan Founders Hike
  • Program interaktif BarCamp Cyberjaya

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan jadual penuh bagi setiap program, ingin menyertai acara ini dan mengembangkan lagi kenalan dalam industri anda boleh melayari laman www.startupweekmalaysia.com untuk mendaftar.