StashAway Perkenal Portfolio Pelaburan Patuh Syariah

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2025 • 8:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah sekian lama ditawarkan, kini StashAway akhirnya menambah penawaran produk portfolio patuh syariah untuk para pengguna di Malaysia. Dengan pilihan ini, portfolio pelaburan akan melibatkan pada syarikat yang ditapis daripada pendapatan berasaskan riba, perjudian, berhutang tinggi, arak, rokok, makanan tidak suci, senjata, dan dari sektor-sektor haram.

image is not available

Pengguna hanya perlu memilih portfolio patuh syariah, dan seterusnya melakukan pelaburan tanpa was-was melalui StashAway dengan pengenalan ini. Pihak StashAway mengatakan portfolio mereka dinasihati oleh Masryef Advisory, salah satu penasihat Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

StashAway melalui bahan promosi, memperlihatkan kadar pulangan untuk portfolio syariah antara 7.3% hingga 14% berdasarkan pulangan untuk lima tahun kebelakangan ini.

Bagi pengguna tempatan yang berminat, boleh memuat-turun StashAway melalui Android dan iPhone, dan mencuba pelaburan patuh syariah melaluinya. Selain StashAway, terdapat beberapa penawaran produk yang lebih kurang sama, termasuk Wahed Invest dan juga ASNB RIA.