Status Agama Dua Beradik Lemas Dikenal Pasti – “Suspek Dakwa Dah Diislamkan Di Kelantan, Tapi Tiada Rekod”

LocalPolitics
6 Sep 2025 • 11:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kini sedang mengenal pasti status agama dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam Sungai Linggi di Jeti Tanjung Agas di Port Dickson, kelmarin.

Menurut Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah, pihaknya menerima permohonan daripada polis berhubung status agama dua beradik itu kerana nama yang tertera di dokumen peribadi menunjukkan mereka berbangsa lain.

image is not available

Katanya, suspek lelaki yang dipercayai bapa dua beradik itu menyatakan kedua-dua anaknya telah diislamkan di Kelantan namun tiada rekod ditemui.

Hasil semakan dengan jabatan agama di Kelantan, tiada rekod dua beradik itu. Di pihak kita juga, tiada rekod menyatakan dua beradik yang maut ini beragama Islam.

Tambahnya, buat masa ini status dua beradik itu bergantung kepada pengakuan suspek dan ibu kandung dua beradik itu dipercayai berbangsa lain.

Kita sedang tunggu pengesahan lanjut, sekiranya beragama Islam kita akan uruskan pengebumian.

image is not available 2025-09-06 10:58:51

Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua-Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi - "Nak Sambut Birthday.."

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved