“Status Hubungannya Masih Belum Disahkan” – Shermine Ah Moi Jawab Dakwaan Tak Bagi View Chin Jumpa Anak

LocalFamily & Parenting
24 Mar 2026 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh Shermine Hau Shi Ni tampil menjawab dakwaan bekas suaminya, View Chin yang mendakwa sudah tiga minggu tidak berjumpa anak.

View Chin juga mendakwa, Shermine melarikan anak-anak dan tidak membenarkan mereka menyambut hari raya Aidilfitri bersama.

BACA: “Saya Nak Anak Je” – View Chin Dakwa 3 Minggu Tak Jumpa Anak, Bekas Isteri Tak Bagi Raya Bersama

Namun, Shermine atau lebih dikenali sebagai Shermine Ah Moi menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk View Chin daripada berjumpa dengan anak-anak mereka.

Dakwa tidak pernah halang jumpa anak

Menurutnya, selama ini mereka sentiasa berbincang dan memberikan kepercayaan penuh apabila melibatkan anak-anak.

Shermine tegas bahawa pendapatnya dan keinginan anak-anak wajib dihormati. Katanya, tindakan membawa anak-anak tanpa perbincangan serta melibatkan pihak ketiga yang status hubungannya masih belum disahkan adalah sesuatu yang membimbangkan.

image is not available

Shermine juga menjelaskan bahawa sebarang lawatan melibatkan bermalam perlu dimaklumkan lebih awal seperti yang ditetapkan oleh perintah mahkamah.

image is not available

Dalam kenyataan sama, Shermine turut mendakwa berlaku pencerobohan terhadap kediamannya serta tindakan membawa anak-anak tanpa mengikuti prosedur yang sepatutnya.

Situasi tersebut juga didakwa memberi kesan kepada emosi serta kesejahteraan mental anak-anak.

image is not available

Shermine meluahkan rasa kecewa apabila pihak sebelah didakwa menyebarkan maklumat yang tidak tepat di media sosial.

Sebagai ibu, beliau menegaskan tanggungjawabnya adalah untuk melindungi anak-anak daripada trauma berpanjangan.

Shermine turut menegaskan bahawa isu ini adalah konflik peribadi dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan sentimen kaum atau agama.

Di akhir kenyataannya, Shermine memaklumkan bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan dirinya dan keluarga.

Pssttt! Bila melibatkan anak-anak, setiap keputusan perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab dan pertimbangan yang matang. Harap semua pihak dapat menyelesaikan konflik ini secara baik demi kesejahteraan anak-anak yang tidak sepatutnya menjadi mangsa keadaan.

Kredit: Thread @shermine_ahmoi91
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Status Hubungannya Masih Belum Disahkan” – Shermine Ah Moi Jawab Dakwaan Tak Bagi View Chin Jumpa Anak appeared first on Oh! Media.