
Status keselamatan kesemua 175 aktivis Global Sumud Flotilla termasuk 10 rakyat Malaysia masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) memaklumkan bahawa pihak mereka masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung perkara itu walaupun sudah 38 jam selepas kesemua aktivis ditahan oleh Israel.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Datuk Alim Araby memaklumkan bahawa pihaknya juga meneliti informasi bahawa semua aktivis akan dibebaskan pada jam 7.00 pagi waktu Greece bersamaan 12.00 tengah hari waktu Malaysia di Pelabuhan Lerapetra, Pulau Crete, Greece.
Seramai 175 Aktivis Termasuk 10 Rakyat Malaysia Diculik & Dibawa Ke Israel - KP SNCC
Kerajaan Bekerjasama Rapat Dengan Negara-Negara Sahabat, Pastikan 10 Rakyat Malaysia Dibebaskan Segera
Namun status terkini masih belum dapat disahkan melalui saluran rasmi.
"SNCC telah dihubungi oleh Perdana Menteri yang menyatakan pendirian tegas Kerajaan Malaysia, termasuk kecaman terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh pihak rejim serta komitmen maksima berterusan yang sedang digerakkan bagi membebaskan semua tahanan.
"SNCC juga dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra telah mulakan usaha maksimum berhubung dengan Konsul Kehormat Malaysia di Greece bagi membantu dan menyelaras usaha pembebasan khususnya pengurusan aktivis Malaysia yang ditahan," katanya.






