Status Sedih Sekadar Gimik, Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

Music
27 May 2023 • 6:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah ada memuat naik hantaran di Instagram seakan-akan memberi gambaran bahawa sudah berpisah dengan teman lelaki, Ubai.

Bagaimanapun sangkaan netizen mengenai hal tersebut sememangnya salah kerana Shila baru saja mengumumkan di Instagram bahawa dia serta Ubai selamat bertunang.

image is not available

Banyak netizen meninggalkan ucapan tahniah dan ramai juga yang merasakan diri mereka ‘tertipu’ dengan gimik ‘sedih’ pasangan terbabit.

Sekadar info, sebelum ini biarpun ramai yang menyangka Ubai dan Shila sudah berpisah tetapi penyanyi itu menyangkal dakwaan tersebut.

image is not available 5 hari lalu

"Saya Akan Ingat Memori Ni Sampai Bila-Bila" - 5 Bulan Bercinta, Shila Amzah & Ubai Dah Berpisah?