Status Thread Nur Farah Kartini undang sebak- “Mati rasa hanya kerana dikecewa dan disia-sia..”

16 Jul 2024 • 12:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Status Threads Nur Farah Fatini undang sebak selepas polis mengesahkan penemuan jasad bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Fatini yang dibunuh di di kawasan Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Dalam hantaran bertarikh 8 Julai 2024, Allahyarhamah Nur Farah Kartini berkongsi kata-kata luahan mengenai perasaan yang telah tiada akibat dikecewakan.

Status Thread Nur Farah Kartini undang sebak

“Mati rasa hanya kerana dikecewa dan disia-dia..”tulis Nur Farah Kartini di Thread.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan ucapan takziah buat arwah selain akui sebak dan bersimpati setelah membaca hantaran tersebut.

image is not available image is not available

Penat tapi kena kuat..

image is not available

Terdahulu, seorang penjawat awam yang ditahan berkait penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, merupakan seorang anggota polis.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi hari ini.

“Suspek dipercayai teman lelaki mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Perak.
“Siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama,” katanya.

Suspek yang merupakan penjawat awam berusia 26 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Penemuan mayat wanita dipercayai Farah Kartini di kawasan Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 6 petang telah merungkai tentang berita kehilangannya yang dilaporkan pada tidak dapat dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada Rabu.

Pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak pada 1.56 pagi 10 Julai lalu.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Sumber: Threads @nurfarahkartini