STB kaji tangani dakwaan monopoli syarikat asing

4 May 2024 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Izham Bin Hashim

Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang menjalankan kajian mendalam bagi menangani kebimbangan dilaporkan mengenai monopoli syarikat pelancongan asing terhadap sektor itu.

“Kajian itu, yang akan disiapkan pada akhir bulan ini, akan memberikan kita pemahaman yang lebih baik mengenai corak perbelanjaan pelancong, sebelum strategi dan langkah mitigasi yang diperlukan dapat dibangunkan untuk memanfaatkan kedua-dua pengusaha pelancongan tempatan dan asing serta ekonomi Sabah,” katanya Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jimit.

Beliau mengulas aduan bahawa penggiat tempatan berisiko rugi kepada perusahaan milik asing, yang memonopoli perkhidmatan bas persiaran dan restoran di Sabah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat mereka, khususnya dari China dan Korea Selatan.