STDC buka kemasukan empat program TVET sesi September 2026

18 Jul 2026 • 1:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

STDC buka kemasukan empat program TVET sesi September 2026

SHAH ALAM, 18 JULAI: Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) kini membuka permohonan kemasukan sesi September 2026 untuk pengajian program kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

STDC berkata sebanyak empat program ditawarkan iaitu automatif Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2, penyaman udara SKM tahap 3, elektrik SKM tahap 2 serta sistem komputer SKM tahap 3.

“Permohonan boleh dibuat melalui atas talian di pautan https://stdc.edu.my/daftar-sekarang melalui inisiatif Teraju Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

“Antara syarat kemasukan berumur 16 tahun dan ke atas, menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M), sihat tubuh badan serta berminat dengan kursus yang dimohon,” katanya di Facebook.

Menurutnya lagi, pelbagai bantuan pengajian disedikan dengan yuran pendaftaran dan pengajian serta penginapan secara percuma.

STDC menambah kaedah pembelajaran melibatkan praktikal sebanyak 70 peratus diikuti teori pada 30 peratus dengan persijilan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Untuk sebarang pertanyan lanjut, orang ramai boleh menghubungi di talian WhatsApp 0103521525, telefon 03-32812616 atau layari laman web www.stdc.edu.my

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan IKTISASS untuk memperkukuh TVET sekali gus meningkatkan jumlah tenaga kerja profesional dalam industri strategik di Selangor.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha berkenaan dilaksanakan bagi menangani isu ketidakpadanan antara peluang pekerjaan yang ditawarkan dengan kemahiran dimiliki graduan.

Image from: STDC buka kemasukan empat program TVET sesi September 2026
STDC.jpg

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved