STDC meterai kerjasama di UC Berkeley, perkukuh TVET-STEM berasaskan AI

LocalTechnology
15 Apr 2026 • 2:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 APRIL: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) strategik bersama Lagend College Preparatory (LCP) dan AI Lagend Sdn Bhd di University of California, Berkeley bagi memperkukuh pendidikan TVET-STEM berteraskan kecerdasan buatan (AI).

Menurut kenyataan STDC, kerjasama itu membuka laluan pembangunan kurikulum, modul pembelajaran serta pemindahan kredit akademik yang membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang teknologi masa hadapan.

Majlis berkenaan disaksikan EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Saipolyazan Md Yusop.

LCP yang berpangkalan di Silicon Valley menawarkan kurikulum UC A-G University of California dan menjadi laluan kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke universiti terkemuka termasuk UC Berkeley dan University of California, Los Angeles.

Dalam rangka lawatan itu, delegasi STDC turut mengadakan sesi libat urus bersama Western Association of Schools and Colleges (WASC) di San Francisco bagi meneroka pengiktirafan antarabangsa program TVET dan STEM berasaskan AI.

STDC juga mengadakan perbincangan dengan UC Berkeley Haas School of Business bagi memperkukuh elemen inovasi, keusahawanan teknologi dan kepimpinan digital dalam pendidikan teknikal, jelas kenyataan itu.

Usaha berkenaan selari dengan komitmen STDC melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved