Steam kini akan menyelamatkan anda daripada melakukan kesilapan besar untuk terus membeli permainan yang sedang diuji. Kelak, jika anda sedang menguji permainan melalui akses awal – ciri baharu ini akan membantu melakukan keputusan sama ada anda ingin terus menyokong pembangun ataupun tidak.

Ciri ini adalah mesej amaran mengenai permainan akses awal yang tidak dikemaskini. Amaran ini akan membantu memberi pengguna kesedaran sama ada untuk terus bermain permainan tersebut atau berhenti. Pada masa yang sama turut memberi informasi kepada pengguna mengenai status pembangun terbabit.

Antara contoh permainan yang memaparkan mesej ini adalah Cavern Kings, yang memaparkan mesej pembangun kali terakhir mengemaskini permainan pada 8 tahun lepas. Heartbound turut mempunyai mesej yang sama dengan kenyataan ia tidak dikemaskini selama 13 bulan. Kes Heartbound sedikit aneh, kerana bulan Januari dan Februari tahun 2025 pembangun ada memberi kemas kini. Mungkin mesej ini dikeluarkan secara manual oleh pekerja Steam jadi ia terlepas pandang?
Apa pun, ia adalah satu ciri yang cukup berguna dan pasti akan menyelamatkan wang simpanan anda untuk membeli permainan video.


