Steam Machine dan Controller Baharu Diumumkan – 6 Kali Lebih Berkuasa Daripada Steam Deck

TechnologyGaming
13 Nov 2025 • 6:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Steam Machine dan Steam Controller baharu diumumkan awal pagi ini 10 tahun sejak Steam Machine pertama dilancarkan sebelum dihentikan pada tahun 2018. Steam Machine baharu berbentuk kiub dengan ia direka untuk bukan sahaja digunakan di ruang tamu rumah tetapi juga boleh digunakan sebagai komputer desktop yang menggunakan sistem operasi SteamOS 3.

image is not available

Ia dilengkapi cip AMD Zen 4 6C / 12T dengan kelajuan mencecah 4.8 GHz, GPU AMD RDNA3 dengan 28CU serta 8GB GDDR6 VRAM, memori sebesar 16GB DDR5 dan storan SSD sehingga 1TB NVMe. Storan boleh ditambah menggunakan kad microSD. Menurut Valve, Steam Machine generasi baharu ini ialah enam kali ganda lebih berkuasa berbanding Steam Deck membolehkan ia menjalankan permainan AAA sehingga tetapan 8K 30p.

image is not available

Konsol ini turut hadir dengan 2x USB-A 3.2 Gen 1, 2x USB-A 2.0, 1x USB-C 3.2 Gen 2, 1x HDMI 2.0, 1x DisplayPort 1.4, internet gigabit, Wi-Fi 6E dan bluetooth 5.3. Di hadapan terdapat lampu LED yang boleh diubahsuai mengikut keperluan pemilik. Dalam video yang dikongsi, panel hadapan Steam Machine juga boleh ditanggalkan untuk dihias sendiri.

image is not available

Steam Controller baharu pula ialah alat kawalan yang boleh digunakan bersama Steam Machine, Steam Deck dan Steam Frame. Ia mempunyai empat butang muka, d-pad, 2x tombol analog, 2x pad sesentuh, 4x butang baru dan 4x butang di bahagian bawah. Ia boleh ditambat menggunakan bluetooth, 2.4GHz dan juga menggunakan kabel USB-C yang disertakan.

image is not available

Selain menyokong sistem haptik, Steam Controller baharu turut mengesan pergerakan menerusi sistem giroskop yang terbina. Dua tombol analog dilengkapi suis TMR yang mengelakkan isu stick drift yang menghantui alat kawalan lain. Setiap Steam Controller dilengkapi bateri 8.39 Wh Li-ion yang memberikan penggunaan sehingga 35 jam dengan sekali caj.

Steam Machine dan Steam Controller baharu akan dilancarkan awal 2026 dengan harga jualan belum lagi diumumkan.

image is not available