SteamOS 3.8 Hadir Dengan Kemaskini Prestasi Untuk Steam Deck, Binaan PC Steam Machine

TechnologyGaming
19 Jun 2026 • 3:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Valve hari ini telah memperkenalkan sistem operasi SteamOS 3.8, yang memperlihatkan kemaskini prestasi untuk konsol permainan Steam Deck, dan dilihat akan digunakan sebagai sistem operasi awal Steam Machine apabila ia dilancarkan kelak.

Selain daripada itu, SteamOS 3.8 juga boleh digunakan pada komputer-komputer yang dibina untuk menandingi kemampuan Steam Machine. Mereka yang mahu membina komputer mereka sendiri kini boleh menggunakan sistem operasi SteamOS 3.8 sebagai pilihan jika mereka mahu.

Sistem operasi tersebut kini hadir dengan sokongan untuk palam HDMI 2.1, termasuklah ciri HDMI Variable Refresh Rate yang membantu menstabilkan kadar bingkai dalam permainan untuk sistem operasi berasaskan Linux. Selain daripada itu, sokongan untuk teknologi paparan HDR juga kini telah diperkenalkan untuk paparan-paparan yang disambungkan kepada Steam Deck ataupun Steam Machine, sebagai sebahagian daripada sokongan untuk teknologi palam HDMI 2.1.

Image from: SteamOS 3.8 Hadir Dengan Kemaskini Prestasi Untuk Steam Deck, Binaan PC Steam Machine

Sokongan untuk mod desktop juga telah diperbaiki dengan kemaskini sistem operasi asas kepada KDE Plasma 6.4.3, yang memperbaiki banyak isu berkaitan output kepada paparan dan prestasi dalam mod desktop SteamOS 3.8. Ini dilihat sangat berguna untuk mereka yang mahu memasang SteamOS pada komputer kelas desktop seperti yang kami katakan sebelum ini.

Untuk konsol-konsol lain yang menyokong penggunaan SteamOS seperti Lenovo Legion Go, MSI Claw, ASUS ROG Ally X dan sebagainya, sistem operasi ini juga memperlihatkan pelbagai kemaskini baru seperti penambahbaikan sokongan kad microSD, olahan grafik yang lebih baik dan sebagainya pada konsol-konsol ini.

Sistem operasi Steam OS 3.8 terbaru ini adalah bukti terkini berkenaan pelancaran konsol PC Steam Machine yang akan dilancarkan kelak, tetapi buat masa ini, kita masih tidak tahu lagi bilakah Valve akan memperlihatkan tanda harga dan tarikh jualan.

Sumber: Valve

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved