SteelSeries Arctis Nova Elite Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga RM3199

Digital
6 Oct 2025 • 3:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SteelSeries kini mula menyenaraikan Arctis Nova Elite di Malaysia melalui laman Lazada dan Shopee. Fon kepala ini dijual pada harga RM3,199 dengan dua pilihan warna iaitu Obsidian dan Sage & Gold. Namun begitu, buat masa ini hanya warna Obsidian tersedia untuk dibeli manakala Sage & Gold disenaraikan sebagai kehabisan stok.

image is not available

Arctis Nova Elite ialah fon kepala permainan video dengan sokongan audio resolusi tinggi 96kHz/24-bit melalui codec LC3+ dan pemacu gentian karbon 40mm untuk audio lebih tepat. Ia dilengkapi ANC yang mengurangkan hingar sehingga 42%, serta sistem OmniPlay dan GameHub untuk sambungan ke empat sumber audio serentak merangkumi dua USB-C, Bluetooth dan line-in.

image is not available

Fon kepala ini serasi digunakan bersama PC, PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch, serta menyokong sistem dwi-bateri dengan jumlah penggunaan sehingga 60 jam. Mikrofon berasaskan AI pula mampu menapis 97% bunyi latar dan mikrofon sekunder boleh diaktifkan secara automatik apabila mikrofon utama disimpan. Sambungan disokong melalui 2.4GHz dongle, Bluetooth 5.3 dan LE Audio.