Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain

TechnologyCars
30 Jan 2025 • 9:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

Pengeluar sistem transmisi kenderaan yang berpangkalan di Belgium, Punch Powertain, bakal dimiliki Stellantis sepenuhnya.

Syarikat automotif global, Stellantis, mengumumkan pengambilalihan penuh Punch Powertrain, syarikat OEM dari Belgium yang terkenal dalam pengeluaran sistem transmisi kenderaan.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan minggu ini, Stellantis menyatakan bahawa langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam teknologi kenderaan hibrid. Sebelum ini, Stellantis dan Punch Powertrain bekerjasama dalam pengeluaran transmisi dwi-klac elektrik (eDCT) yang digunakan dalam pelbagai model hibrid dan hibrid plug-in (PHEV) di bawah jenama Stellantis.

image is not available

Pengambilalihan ini turut memberi kesan kepada operasi di kilang Metz, Perancis, serta kompleks Mirafiori di Turin, Itali, yang menjadi pusat utama pengeluaran transmisi eDCT. Selain itu, Stellantis juga kini boleh menyelaraskan pembangunan dan pengeluaran transmisi ini mengikut rancangan strategiknya, termasuk pengembangan model hibrid ringkas (MHEV) dan PHEV.

Nilai transaksi ini tidak didedahkan, namun pemilikan syarikat Punch Powertrain oleh Stellantis dijangka dapat memperkukuh lagi kedudukan Stellantis dalam pasaran kenderaan elektrik dan hibrid global.

image is not available