Stem Projector Adalah Projektor Mini Unik Berbentuk Seakan UFO

TechnologyDigital
10 Jan 2023 • 12:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Syarikat di sebalik pemain muzik Stem Player, iaitu peranti yang boleh mencampurkan semula muzik kini hadir dengan sebuah projektor mini yang unik – Stem Projector.

image is not available

Syarikat ini adalah Kano Computing dan projektor ini bukan seperti projektor biasa. Ia hadir dalam bentuk bulat dan hampir leper, mempunyai storan dalaman 256GB yang boleh dikembangkan dengan kad mikroSD, menyokong sambungan mini-HDMI, AirPlay 2 dan Chromecast, menyokong WiFi dan selular serta mempunyai bateri terbina yang bertahan sehingga 5 jam.

image is not available

Projektor ini boleh memancarkan kandungan pada tahap kecerahan 300 lumens sahaja. Pancaran juga dalam bentuk yang boleh diubah seperti bujur, bulat dan banyak lagi. Stem Player turut mempunyai kandungan tersendiri untuk memancarkan video, gambar untuk menjadi hiasan pada dinding, kandungan untuk menenangkan diri dan pelbagai lagi dengan kerjasama bersama pelbagai syarikat seperti Mubi.

image is not available

Untuk kawalan, terdapat kawalan sesentuh haptik bersama lampu LED di atas serta enam butang. Kawalan adalah dengan menyentuh dan melakukan gerakan membulat untuk ubah bentuk pancaran, maju-mandir video, dan pelbagai lagi kawalan gestur. Kemasan pada Stem Player ini adalah lembut dan seakan kulit. Ia turut hadir dengan kerangka penyimpan yang turut boleh menjadi kaki untuk projektor ini.

image is not available

Produk ini dikatakan dibina untuk penguna tidak lalai pada telefon pintar. Ia dijual pada harga $1000 (~RM4404) dengan pelbagai pilihan warna. Buat masa ini, hanya 1000 unit sahaja dijual dan masih terhad di negara terpilih sahaja. Ketika artikel ini ditulis, sebanyak 977 unit telah terjual di laman web mereka.