Stesen Angkasa Antarabangsa Kini Mempunyai Sistem Pelupusan Sampah Baharu

TechnologyDigital
9 Jul 2022 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bagaimana sampah dibuang dar Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)? Ini ialah antara persoalan yang sukar dijawab kerana kita tidak mempunyai angkasawan yang bertugas di dalamnya. Jawapan sebenar ialah ia dibawa pulang semula ke bumi menggunakan kapal angkasa sebelum dilupuskan.

Tetapi ISS kini mempunyai sistem pelupusan sampah baharu yang menolaknya kembali ke bumi sebelum terbakar apabila memasuki atmosfera. Sistem baharu oleh Nanoracks ini telahpun dipasang dan diuji dengan jayanya minggu ini dengan pelupusan 80 kilogram sampah.

image is not available

Sistem ini mempunyai ruang yang cukup untuk 272 kilogram. Setiap tahun empat orang angkasawan menghasilkan 2500 kilogram sampah yang perlu dihantar semula ke bumi. Dengan sistem Nanoracks, sampah akan terbakar sepenuhnya tanpa mencemarkan bumi.