Stesen DC 60kW ChargEV R&R Elmina (Utara) dibuka, percuma sehingga 31 Ogos 2024

TechnologyCars
29 Aug 2024 • 2:16 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

ChargEV mengumumkan mereka telah memulakan operasi sebuah stesen pengecas EV jenis DC di R&R Elmina (Utara) Lebuhraya Guthrie. Stesen DC itu mempunyai output 60kW dan menawarkan dua nozel untuk digunakan serentak. Bersempena dengan pembukaan ini, mereka menawarkan promo pengecasan percuma sehingga 31 Ogos 2024.

image is not available

Stesen DC ini berguna untuk pemandu yang menghala ke utara daripada sekitar Shah Alam, Bukit Jelutong, dan Denai Alam kerana ia terletak dalam Lebuhraya Guthrie sebelum bersambung ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Kedudukan pengecas ini agak strategik kerana ia satu-satunya pengecas DC dalam lingkungan kikra-kira 10km. Antara alternatif yang boleh digunakan adalah seperti pengecas DC 22kW Petronas Elite Layby ataupun DC 120kW Sime Darby Volvo Ara Damansara.

image is not available

Buat yang memandu ke utara menggunakan laluan berhampiran pantai, Lebuhraya WCE turut menyediakan stesen pengecas DC. Ia terletak di Tol Assam Jawa dengan stesen DC 200kW kelolaan DC Handal. Ia merupakan stesen EV pertama di lebuh raya itu.

image is not available

Bacaan berkaitan

View Original Article