
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
[Kemaskini] Shell Beseri memaklumkan Misai sudah pun dipulangkan. Mereka dalam masa sama memohon orang ramai agar tidak menularkan rakaman CCTV atau foto wanita yang terambil kucing tersebut dipadamkan.
Menurut pengendali akaun itu lagi, wanita berkenaan tidak berniat untuk mengambil kucing tersebut kerana dia menyangkakan Misai tidak bertuan.
Kucing merupakan antara haiwan yang sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan binatang peliharaan.
Bukan hanya dibela di rumah namun ada pemilik premis seperti kedai makan, kedai runcit serta stesen minyak yang melayan si bulus ini seperti keluarga.
Sudah pastilah kehilangan mereka memberi kesan yang amat dalam lebih-lebih lagi jika haiwan comel ini diberi layanan dan penjagaan yang baik.
Diambil Individu Tak Dikenali, Stesen Minyak Rayu Pulangkan Kucing Bernama Misai
Semalam (28 Oktober), tular di media sosial hantaran sebuah stesen minyak Shell di Beseri, Kangar, Perlis mengenai kehilangan seekor kucing bernama Misai.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok stesen minyak terbabit @shellbeseri, mereka merayu kepada individu yang terambil haiwan berkenaan untuk memulangkannya kembali kepada mereka.
Berdasarkan butiran pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, kucing yang berwarna hitam putih dan mempunyai corak berbentuk misai pada bahagian mulutnya diambil oleh seorang individu yang menaiki kereta pikap 4×4 jenis Toyota Hilux pada 26 Oktober lalu kira-kira jam 1.27 pagi.
Misai Ada Penyakit FIP & Sedang Terima Rawatan
Kongsi pemilik akaun itu, Misai yang sering memakai uniform Shell mempunyai penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) iaitu penyakit virus yang boleh membawa maut kepada kucing disebabkan Feline Coronavirus (FCoV).
Malah difahamkan, haiwan comel itu sebenarnya sedang menerima rawatan bagi penyakit tersebut.

“Kalau ada siapa terambil kami maafkan tapi mintak jasa baik hantar balik dekat stesen. Kami ada rakaman cctv dan kami rindu kucing kesayangan kami.
“Misai juga ada penyakit FIP dan dia tak sihat kami tengah proses rawat dia. Tolonglah mana yang ambik atau terambil hantar balik,” tulis pentadbir akaun berkenaan.
Malah menerusi hantaran berasingan, pentadbir akaun berkenaan merayu kucing itu dipulangkan agar pihaknya dapat meneruskan rawatan dan mereka tidak kisah jika ada yang mahu mengambil haiwan itu semula sebaik rawatan diberikan.
Tonton video penuh [DI SINI] 
Misai Tidak Pakai Uniform & Kolar Ketika Hilang
Terang pentadbir itu lagi, sewaktu hilang, Misai tidak memakai kolar dan uniform Shell yang biasa dipakai oleh si bulus itu.
“Last jumpa Misai 26/10/2025 1.27 pagi. Tuan Hilux, kalau awak tengok post ni, mungkin awak tak ada niat nak mencuri pun sebab Misai memang tak pakai uniform Shell dan tak pakai collar. Kami mohon kembalikan Misai,” tulis mereka lagi.
Menerusi hantaran berasingan, turut terdapat rakaman kamera CCTV dari sudut pandangan lain memaparkan individu yang dipercayai mengambil haiwan berkenaan.
Kongsi Shell Beseri kepada BuzzKini, pendedahan rakaman CCTV terbabit hanyalah bertujuan agar orang ramai yang mengenali individu terbabit dapat memintanya memulangkan semula Misai kepada mereka.
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Turut Sama Rayu Pulangkan Kucing
Perkongsian yang telah mendapat lebih 315,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang turut merasa kehilangan dan merayu kepada indvidu terbabit agar memulangkan kucing tersebut.
Apatah lagi, si bulus itu sedang menerima rawatan berkaitan penyakit FIP yang dihidapinya.
Bukan itu sahaja, ada netizen yang turut mencadangkan agar pihak stesen minyak membuat laporan polis berhubung kehilangan haiwan terbabit.
Namun jelas stesen minyak itu, pihak mereka tidak dapat membuat laporan polis memandangkan tiada butiran jelas berhubung kenderaan terbabit.

Misai sudah dipulangkan
Dalam satu kemaskini terbaharu di TikTok, Shell Beseri memaklumkan Misai sudah pun dipulangkan. Mereka dalam masa sama memohon orang ramai agar tidak menularkan rakaman CCTV atau foto wanita yang terambil kucing tersebut dipadamkan.
Menurut pengendali akaun itu lagi, wanita berkenaan tidak berniat untuk mengambil kucing tersebut kerana dia menyangkakan Misai tidak bertuan.
Mereka dalam masa turut memohon maaf kepada orang ramai keranya telah menyusahkan orang ramai selain meminta maaf kepada wanita yang terambil kucing tersebut.
“Kepada adik tersebut maafkan kami. Bukan niat kami post nak aibkan adik melainkan nak minta Misai dikembalikan. Terima kasih,” tulis pengendali akaun itu.

Info Tentang Penyakit FIP
Untuk info, FIP disebabkan oleh mutasi virus FCoV dalam kucing. Ia boleh merebak melalui air liur, najis dan air kencing kucing yang dijangkiti dan boleh berjangkit kepada kucing lain melalui sentuhan dengan persekitaran yang tercemar oleh virus.
Terdapat dua jenis FIP pada kucing iaitu:
- FIP Kering (Dry FIP)
- FIP Basah (Wet FIP)
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh berkembang menjadi Neurological FIP (Sistem Saraf) dan Ocular FIP (Mata).
Antara gejala biasa FIP pada kucing adalah:
- Kucing Demam
- Kucing Hilang Selera Makan
- Penurunan berat badan yang drastik dalam Kucing
- Kucing Muntah-muntah
- Kucing Cirit-Birit
- Kucing Kesukaran bernafas
- Kucing Kelesuan
- Pengumpulan cecair dalam perut dan kawasan paru-paru untuk FIP Basah
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Kalau Ambil Jaga Dengan Baik Tak Apa, Minta Izin. Kalau Niat Untuk Seksa, Baik Pulangkan Pada Tuan Yang Jaga Ni”

“Kalau Iyepun Nak Ambil, Ambil La Kucing Jalanan, Yang Ambil Kucing Orang Jaga Kenapa”

“Report Polis Cepat, Kalau Ada CCTV, Jangan Tunggu”

“Sedihnya, Semoga Sesiapa Yang Terambil, Pulangkan Semula. Staf Dekat Sana Dah Jaga Dengan Baik Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Canggih! Kucing Hilang Berjaya Ditemui Di Tengah Lebuhraya Menggunakan AirTag
Baca Artikel Berkaitan: Hampir Setahun Lebih Hilang, Wanita Ini Tak Sangka Kucing Masih Ingat Padanya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Balik Dengan Nota ‘Tuntut’ Hutang Lepas 3 Hari Menghilang
Source:
