Stesen pengecas EV Ayer Keroh Arah Selatan tak lagi percuma, ini kadar bayarannya

23 May 2023 • 10:35 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

RNR Ayer Keroh Arah Selatan adalah antara hentian popular dalam kalangan pengguna EV yang menghala ke Johor Bharu. Jaraknya yang separuh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Johor Bharu membuatkannya lokasi yang ideal untuk menambah tenaga bateri sebelum meneruskan perjalanan. Setelah beberapa ketika menyediakan servis pengecasan secara percuma, pengendalinya ChargEV mengumumkan yang mereka mula mengenakan bayaran kepada pengguna.

image is not available

Menurut ChargEV lagi, kadar bayaran yang akan dikenakan adalah RM1.20/kWh tidak mengira jenis penyambungan yang digunakan. Untuk pengetahuan anda, stesen pengecas EV di sana menyediakan tiga jenis kepala pengecas iaitu 11kW AC (Type 2), 50kW DC (CCS2), dan 50kW DC (CHAdeMO). Dengan kadar itu, mengisi 33% bateri BYD Atto 3 Extended Range akan dikenakan bayaran sebanyak RM24.

image is not available

Selain daripada di Ayer Keroh, mereka turut mengumumkan perubahan kaedah pengiraan stesen pengecas kendalian mereka di semua Starbucks.

Kaedah RM1.20/minit sebelum ini yang menggunakan tempoh penggunaan dilihat membebankan kepada pengguna, terutamanya yang menggunakan EV dengan sistem pengecasan lebih perlahan. Contohnya, EV yang hanya mampu menerima maksimum 60kWh hanya perlu membayar kira-kira RM72 berbanding RM108 berdasarkan kaedah pengiraan sebelum ini.

Kami pernah kongsikan tentang perbezaan antara model pengiraan berasaskan tempoh dan juga berasas kWh dalam artikel terdahulu.

View Original Article