Stesen radio Era umumkan Bella Astillah sebagai penyampai radio baharu

LocalEntertainment
22 Sep 2025 • 10:45 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Stesen radio Era mengumumkan penyertaan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sebagai penyampai radio baharu di stesen berkenaan.

Sebelum ini, Era telah memuat naik satu hantaran berbentuk surat tawaran rasmi kepada Bella, sekali gus mengesahkan kehadirannya sebagai sebahagian daripada keluarga Era. Dalam surat tersebut, pihak stesen menyatakan keyakinan bahawa bakat serta keperibadian Bella mampu menjadi nilai tambah dalam menghiburkan pendengar di seluruh negara.

Menerusi hantaran di Instagram, Bella dilihat bergandingan bersama Nabil, Azad dan Radin dalam segmen popular 3PAGIERA.

“Bella Astillah penyampai radio baru ERA. Selamat datang Bella,” demikian menurut pengumuman Era.

Baca juga:

Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat meluahkan rasa teruja dan memberi kata-kata semangat buat Bella. Ada yang menyatakan tidak sabar untuk mendengar celotehnya di corong radio, malah ada juga yang percaya kehadiran Bella akan membawa nafas segar ke stesen berkenaan.

Terdahulu, Bella sendiri pernah berkongsi sebuah video di Instagram mengenai keinginannya untuk menyertai pasukan stesen radio Era.

Sumber: Radio Era