Stesen TV Tempatan Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Isu Tangkapan Ke Atas Pegawai

11 Jan 2025 • 8:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Stesen TV tempatan akhirnya bersuara

Stesen TV Tempatan Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Isu Tangkapan Ke Atas Pegawai. Baru-baru ni, laporan tentang seorang pegawai yang direman telah menjadi topik perbualan ramai. Oleh demikian, Sarawak Media Group (SMG)/TVS telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka tidak ada kaitan langsung dengan isu ni.

Dalam kenyataan berkenaan, SMG/TVS menegaskan bahawa mereka tetap berpegang kepada prinsip keadilan dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa kalau diperlukan. Mereka juga meminta orang ramai jangan membuat spekulasi yang tidak berasas dan pastikan maklumat diperoleh melalui saluran rasmi.

image is not available
Stesen TV Tempatan Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Isu Tangkapan Ke Atas Pegawai. Sumber gambar: TVS

“Operasi kami berjalan seperti biasa. Kalau ada apa-apa soalan atau ingin tahu lebih lanjut, sila tanya melalui saluran rasmi kami,” kata SMG/TVS, sambil mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menjejaskan reputasi mereka.

SMG/TVS juga berjanji akan terus memantau situasi ini dan memberi maklumat terkini jika adanya perkembangan baharu. Dalam masa yang sama, mereka tetap komited untuk menjaga integriti dan kepercayaan semua pihak.

Baca di sini mengenai isu ini: