Steve Jobs Diabadikan Pada Duit Syiling Edisi Khas Amerika Syarikat

WorldTechnology
16 Oct 2025 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengasas Apple mendiang Steve Jobs akan diabadikan pada sekeping duit syiling $1 edisi khas oleh United States Mint. Jobs dan tiga lagi tokoh dipilih untuk siri American Innovation Coin kerana sumbangan mereka kepada sektor teknologi Amerika Syarikat.

image is not available

Gambar ikonik Jobs duduk bersila dengan baju leher kura-kuran yang amat sinonim dengan beliau diukir pada muka syiling. Turut dipaparkan pada muka syiling ialah frasa “Make Something Wonderful”. Siri
American Innovation Coin dimulakan pada tahun 2018 untuk menghargai sumbangan tokoh penting Amerika Syarikat.

Setiap negeri akan mencalonkan seorang tokoh dan tahun ini gabenor California mencalonkan Jobs kerana sumbangan besar beliau kepada negeri. Set empat syiling American Innovation Coin dengan Steve Jobs akan dijual tahun hadapan pada harga $13.25.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved