Steven Sim bawa cadangan dasar bantu PMKS ke mesyuarat kabinet

LocalBusiness & Finance
2 Jan 2026 • 8:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Menteri Steven Sim akan bawa cadangan dasar bantu PMKS, termasuk aspek percukaian dan akses modal, ke mesyuarat kabinet hari Isnin.

PUTRAJAYA: Aspek percukaian, pengurangan birokrasi dan penambahbaikan akses kepada modal merupakan antara cadangan dasar yang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri hari Isnin untuk pertimbangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata cadangan itu bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Cadangan ini memerlukan kerjasama rentas kementerian dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Isnin depan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sim berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk membincangkan hala tuju kementeriannya bagi tahun ini.

“Terima kasih YAB PMX atas kepercayaan. Kita hebatkan perniagaan Malaysia!” tulisnya lagi.