Steven Sim hadiahkan pemuda OKU Ipad, penuhi hasrat untuk bertemu

LocalPolitics
13 Apr 2025 • 5:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Steven Sim hadiahkan

Menteri Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong telah hadiahkan pemuda OKU Ipad selepas pertemuan mereka di masjid dan mendapat perhatian ramai.

image is not available

Steven Sim hadiahkan pemuda OKU Ipad, sebak temui insan istimewa

Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau segera menemui pemuda kelainan upaya dikenali sebagai Lukman yang berada di dalam kereta kerana tidak mampu bergerak selepas ibunya menyatakan hasrat tersebut kepada Steven Sim.

Dalam video itu, dapat dilihat yang Steven memberikan sedikit nasihat kepada Lukman dan mengakui bahawa pertemuan dengan pemuda terbabit mengajarnya maksud kesabaran, kecekalan dan kesyukuran.

“Syukur, saya dapat jumpa Adik Lukman hari ini. Dia telah mengajar saya maksud kesabaran, kecekalan dan kesyukuran. Sungguh2 saya bertuah dipertemukan dengan anak muda ini,” tulisnya.

Steven Sim hadiahkan pemuda OKU Ipad untuk belajar

Susulan daripada pertemuan tersebut, Steven telah menghadiahkan sebuah Ipad kepada Lukman selepas dimaklumkan bahawa pemuda berkenaan kerap menontonnya di media sosial menggunakan telefon bimbit yang diletakkan di bahagian kaki.

Anak tunggal tersebut dan ibunya mengucapkan ribuah terima kasih kepada ahli parlimen berkenaan kerana sudi bertemu dan memberikan hadiah kepada mereka.

image is not available

Sampaikan sumbangan untuk masjid dan surau

Pertemuan Steven dengan adik Lukman berlangsung selepas beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM160,000 kepada 16 masjid dan surau meliputi enam kawasan Parlimen di Pulau Pinang.

image is not available

Difahamkan, setiap masjid menerima sumbangan RM10,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

Sumbangan berkenaan melibatkan masjid dan surau di kawasan Parlimen Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Batu Kawan, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Balik Pulau.

Sumber: X scheekeong, Bernama