Steven Sim Serah Bantuan RM4,207.20 Peralatan Perubatan Untuk Ringankan Beban Petugas Media Hidap Diabetes

6 Feb 2024 • 9:32 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

SHAH ALAM: Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) komited dalam memperluas jaringan keselamatan sosial kepada pekerja selaras dengan perkembangan semasa terutamanya risiko seperti perubahan iklim, teknologi, pola ekonomi dan pasaran kerja.

Ini adalah inisiatif progresif bagi merapatkan jurang pekerja yang bekerja di sektor tidak formal yang masih tidak dilindungi.

Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong memaklumkan, beliau memahami cabaran industri media dan kreatif yang perlu bekerja di luar waktu konvensional, on the go yang memerlukan jaringan keselamatan yang holistik dan terjamin.

image is not available

“Berikutan itu, cadangan untuk memperluas jaringan keselamatan sosial kepada petugas media meliputi wartawan bebas, sambilan serta kontrak termasuk pekerja di industri kreatif merangkumi penggiat seni yang dianggarkan hampir 30,000 orang (Anggaran 3,000 hingga 4,000

wartawan dan 25,000 penggiat seni) akan diteliti.

“Satu perbincangan akan diadakan bersama Menteri Komunikasi, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkenaan cadangan ini dan diyakini kolaborasi antara kementerian ini akan dapat diimplementasi dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui wartawan ketika mengadakan lawatan prihatin ke rumah penerbit rancangan di RTM.

Terdahulu, beliau berkesempatan menyantuni petugas bilik berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Marlia Mohamed yang menghidapi diabetes telah menjalani pembedahan pemotongan kaki sehingga peha di Pusat Perbuatan Universiti Malaya (PPUM).

image is not available

Beliau telah bertugas di RTM sejak 2006, sedang berehat di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam kini sedang menjalani proses pemulihan dan akan melaksanakan fisioterapi bagi tujuan pemulihan anggota badan.

“Atas dasar prihatin saya dengan kerjasama PERKESO telah menyerahkan bantuan bernilai RM4,207.20 seperti lampin pakai buang, tisu basah, kerusi roda dan katil elektrik.

“Saya berharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban kos pemulihan yang ditanggung beliau,” jelas Steven Sim lagi.