
RANAU: Bekalan darah di Hospital Ranau kini semakin kritikal dan orang ramai digesa tampil menderma darah bagi menampung keperluan pesakit di sini.
Stok di tabung darah itu (setakat laporan ini) berada pada tahap amat kritikal, di mana untuk Kumpulan A hanya tinggal 1 pain, Kumpulan B (1 pain), Kumpulan AB (0 pain) dan Kumpulan O (1 pain).
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pihak tabung darah Hospital Ranau memohon ihsan semua pihak, termasuk kakitangan hospital ini sendiri, untuk tampil menderma darah bagi menambah stok bekalan darah di hospital berkenaan.
Pengarah Hospital Ranau Dr Eva Chandra Susanti Suhaili berkata pihaknya memerlukan bantuan masyarakat untuk menderma darah secara beramai-ramai ketika ini.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Ini berikutan stok yang berkurangan, selain keperluan meningkat dan bagi memastikan perkhidmatan khususnya tabung darah Hospital Ranau tidak terjejas.
“Keperluan darah ini adalah untuk memastikan keselamatan ibu mengandung, pesakit talasemia, mangsa kemalangan yang kehilangan darah dan seumpamanya,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambah Dr Eva, Unit Tabung Darah Hospital Ranau juga akan menjalankan beberapa kempen derma darah bergerak dan berharap ramai yang dapat hadir serta menjadi penderma.
“Setitik darah pun amat bermakna bagi kami,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


