Stok minyak sawit Malaysia susut lebih 10% pada Mac 2024, kekal di bawah 2 juta tan

Business & Finance
15 Apr 2024 • 3:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Stok minyak sawit Malaysia susut lebih 10% pada Mac 2024, kekal di bawah 2 juta tan

herman

15/04/2024 - 15:04

KUALA LUMPUR 15 April - Stok minyak sawit Malaysia pada Mac 2024 susut kepada 1.71 juta tan, dengan eksport meningkat lebih cepat daripada pengeluaran.

Menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), jumlah stok pada bulan lalu menguncup 10.57% berbanding Februari 2024 yang berjumlah 1.92 juta tan.

Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Mac 2024 bagaimanapun meningkat 10.57% berbanding Februari 2024, menjadi 1.39 juta tan.

MSM pada Februari 2024 berjumlah 1.26 juta tan.

Eksport minyak sawit pada Mac 2024 pula berjumlah 1.31 juta tan, peningkatan 28.6% berbanding bulan sebelumnya.

Reuters sebelum ini mngunjurkan inventori Mac pada 1.79 juta tan, penurunan 6.65% daripada bulan sebelumnya, dengan pengeluaran pada 1.38 juta tan dan eksport pada 1.23 juta tan.

Menurut MPOB, ini merupakan data peringkat awal dan boleh disemak kemudian.

Sejak Oktober lalu, stok minyak sawit Malaysia menyusut bulan ke bulan

Semakan data MPOB menunjukkan paras terendah stok minyak sawit pada tahun lalu direkodkan pada bulan April dengan sebanyak 1.49 juta tan. - DagangNews.com