Stoking kalimah Allah, TMJ gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas

19 Mar 2024 • 12:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu stoking kalimah Allah dijual di beberapa cawangan kedai serbaneka terkenal di Malaysia.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh TMJ di laman Instagramnya, baginda menegaskan isu tersebut tidak boleh dipandang remeh memandangkan kalimah Allah adalah kalimah suci buat umat Islam.

Stoking kalimah Allah

Bukan itu sahaja, baginda berharap pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang kembali.

“Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” ujarnya.

Stoking kalimah Allah

image is not available

Terdahulu, tindakan kedai serbaneka terkenal di Malaysia menjual stoking tertulis kalimah Allah telah mengundang rasa kemarahan ramai terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Bukan itu sahaja, ramai yang sudah mula bertindak memboikot kedai serbaneka tersebut meskipun pengasasnya sudah memohon maaf kepada umum secara terbuka.

image is not available

Sumber: Instagram @TMJ