Stoking tertera kalimah Allah: Polis rakam keterangan lapan individu

20 Mar 2024 • 4:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk pemilik dan pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular baru-baru ini.

Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika dihubungi Bernama berkata keterangan semua individu itu dirakam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 12.30 tengah hari, semalam.

Setakat ini 80 laporan polis telah dibuat di seluruh negara dan siasatan yang dijalankan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) masih di peringkat awal.

“Pihak USJT akan melaksanakan siasatan secara menyeluruh ke atas fakta isu kes penjualan stoking tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway. Perkara itu akan dilakukan dengan mengenal pasti proses perolehan dan lain-lain yang bersangkutan bagi mengenal pasti pelaku-pelaku,” kata jurucakap urusetia berkenaan.

Menurutnya siasatan awal setakat ini mendedahkan vendor terlibat beroperasi di Batu Pahat, Johor. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved