
Kes pecah masuk semakin kerap sejak kebelakangan ini
Stor Dipecah Masuk Pencuri Di Desa Wira Kuching, Lelaki Ini Alami Kerugian Hampir RM40k. Baru-baru ini. semakin banyak kejadian pecah rumah dan turut menimbulkan kebimbangan netizen.
Malangnya lelaki ini, dia menjadi sasaran pecah rumah seterusnya apabila stornya yang digunakan untuk menyimpan inventori dipecah masuk – menyebabkan dia kerugian hampir RM40k.

Berlaku di Desa Wira, Kuching
Insiden malang itu dikongsi oleh Ahmad Ezi Firhan Saifuddin di Facebook semalam, di mana dia berkongsi bahawa dia baru-baru ini mengalami kejadian pecah masuk di salah satu stornya.
Menurutnya, dia mengalami kerugian hampir RM40k akibat kejadian pecah masuk tersebut – namun, ini hanya anggaran kasar kerana dia masih belum mengira secara terperinci jumlah kerugian.
Dia turut melampirkan beberapa gambar yang menunjukkan bukti kejadian pecah masuk tersebut, yang menunjukkan gril telah dipotong dan banyak barang berselerak di dalam dan di luar stor terbabit.
Ia difahamkan pencuri tersebut telah melakukan perbuatan itu berulang kali, dianggarkan bermula dari musim perayaan Gawai sehingga baru-baru ini.




Waspada dengan aktiviti yang mencurigakan
Ezi juga menyatakan bahawa tujuan perkongsiannya bukan untuk mencari pencuri tetapi untuk menasihati orang lain supaya berwaspada dengan aktiviti yang mencurigakan dalam kawasan kejiranan mereka dan untuk menghubungi polis atau jiran lain sekiranya mereka menemui individu yang mencurigakan.
Katanya, “Jangan takut, sebab satu hari nanti kalau bukan rumah kita atau tempat kerja kita, mungkin yang akan terkena adalah orang yang kita sayang.”
Difahamkan juga, Ezi yang juga sebahagian daripada Emillies Diner di Kuching bercadang untuk melakukan jualan garaj sebaik sahaja dia selesai menyusun barang-barang yang berselerak di stornya.
Risau pula kejadian pecah masuk rumah ni semakin menjadi. Sentiasa waspada dengan aktivit yang mencurigakan dan segera hubungi polis jika anda menemui individu yang mencurigakan di kawasan kejiranan anda.
