Stor simpanan minyak di Taman Megah Ria, Johor, terbakar, penduduk diarah pindah

21 Jun 2025 • 5:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Sebuah kilang yang dipercayai menjadi stor simpanan minyak di Taman Megah Ria di Kempas, Johor Bahru, terbakar tengah hari tadi, memaksa penduduk yang tinggal kira-kira 50 meter dari lokasi kebakaran mengosongkan kediaman masing-masing.

Kebakaran itu dipercayai bermula 12.30 tengah hari mengakibatkan kepulan asap hitam tebal setinggi hampir 100 meter.

Penduduk yang diminta berpindah ialah mereka yang menetap di sekitar Jalan Kempas 7, sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu, bekalan elektrik ke kawasan perumahan berhampiran turut diputuskan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.


https://youtube.com/shorts/B0rintdWx-c?si=n184iPR6p0oU1IkS

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor giat menjalankan operasi pemadaman dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kejadian berkenaan kini tular di media sosial, dengan netizen memaklumkan sehingga kini usaha memadam kebakaran masih giat dijalankan.

Beberapa letupan kecil juga kedengaran dari tempat kejadian. - 21 Jun, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved