STR Fasa 2 Akan Mula Dibayar, Hampir 9 Juta Rakyat Terima Bantuan Hingga RM650

LocalPersonal Finance
21 Mar 2025 • 2:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
STR

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula disalurkan pada Isnin ini.

Menurut laporan mStar, dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, jumlah ini lebih tinggi berbanding RM1.5 bilion tahun lalu dan bakal memanfaatkan hampir 9 juta penerima.

Bantuan diberikan mengikut kategori kelayakan, dengan jumlah sehingga RM650 bagi setiap penerima yang layak.

Kerajaan komited kurangkan beban rakyat

image is not available

Menurut Anwar, peningkatan peruntukan STR dan Skim Bantuan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion pada tahun 2025 menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri.

Kerajaan Madani kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup.

Bagaimana STR akan disalurkan?

image is not available

STR Fasa 2 akan dibayar secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima yang layak. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun, bantuan boleh diambil secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jika nama pemohon tidak tersenarai dalam pangkalan data STR, mereka boleh membuat permohonan baharu bagi proses verifikasi.

Orang ramai boleh menyemak status kelayakan mereka di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

#ApaKataOhmedia

Bagi yang layak menerima STR, pastikan anda menyemak akaun bank atau ke cawangan BSN berdekatan untuk mendapatkan bantuan. Gunakan wang ini dengan bijak, terutama untuk keperluan asas menjelang Ramadan dan Aidilfitri!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.