STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026

LocalPersonal Finance
26 Jun 2026 • 11:17 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

STR Fasa 4 2026 dijangka akan disalurkan bermula sekitar bulan Oktober / November 2026 berdasarkan tahun sebelum ini.

Permohonan baharu dan rayuan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 untuk tahun 2026 kini dibuka secara rasmi sehingga 30 September 2026.

Bagi pemohon yang berstatus TIDAK LULUS / TIDAK LAYAK untuk fasa sebelum ini, bolehlah membuat rayuan atau permohonan baru untuk STR FASA 4.

Untuk semakan status, anda boleh layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rayuan dan permohonan baharu STR Fasa 4 2026.

Tarikh Rayuan dan Permohonan Baharu STR Fasa 4 2026

Tempoh rasmi bagi Permohonan Baharu dan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi tahun 2026 dibuka bermula 16 Jun 2026 hingga 30 September 2026.

Semua pendaftaran atau rayuan yang dihantar dan diluluskan sepanjang tempoh masa ini akan diproses untuk pembayaran pada kelompok Fasa 4.

  • Tarikh Mula Dibuka: 16 Jun 2026
  • Tarikh Akhir Ditutup: 30 September 2026
Image from: STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026
Sumber: Facebook LHDNM

Siapa Perlu Buat Rayuan STR Fasa 4?

1. Pemohon yang Berstatus “Tidak Lulus”

  • Individu yang memohon STR dan mendapat status Tidak Lulus layak untuk mengemukakan rayuan.
  • Rayuan ini dibuka mulai hingga 30 September 2026 untuk rayuan Fasa 4.

2. Pemohon yang Mempunyai “Pertindihan Maklumat” (Wujud Tindihan Data)

Merujuk kepada jadual bahagian (b), rayuan boleh dibuat sekiranya wujud kes bertindih seperti:

  1. Pemohon wujud sebagai Pasangan di dalam permohonan lain yang telah lulus.
  2. Pasangan wujud sebagai Pemohon di dalam permohonan lain yang telah lulus.
  3. Pasangan wujud sebagai Pasangan di dalam permohonan lain yang telah lulus.

Bagi kes pertindihan maklumat ini, pecahan mengikut status permohonan adalah seperti berikut:

  • Permohonan Baharu Fasa 2 / Fasa 4: Status asal adalah tidak dipertimbangkan kelayakan STR. Namun, pemohon boleh melakukan permohonan rayuan mulai 12 Januari 2026 hingga 30 September 2026 bagi memperbetulkan data tersebut.
  • Permohonan Rayuan Fasa 2 / Fasa 4: Golongan yang berada dalam fasa rayuan ini juga dibenarkan mengemukakan dokumen/rayuan semula dalam tempoh yang sama (sehingga 30 September 2026).

STR Fasa 4

Golongan yang TIDAK DIBENARKAN Membuat Rayuan Fasa 4

Individu yang sudah berstatus Lulus Fasa 3 atau Lulus Fasa 4 adalah Tidak Dibenarkan untuk membuat permohonan rayuan lagi kerana permohonan mereka telah pun dikira berjaya bagi fasa tersebut.

Cara Semak Status STR 2026

Sebelum membuat rayuan, anda boleh semak status permohonan STR 2026 anda melalui beberapa kaedah rasmi seperti di bawah:

  • KAEDAH 1: Portal Rasmi STR. Layari Portal Rasmi STR, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.
  • KAEDAH 2: Pejabat LHDNM. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
  • KAEDAH 3: Hotline BKK. Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
  • KAEDAH 4: Hotline MOF. Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)

Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Status STR TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK

1. Sediakan Dokumen Sokongan:
Pastikan semua dokumen berkaitan dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan anda.

2. Semak Alasan Tidak Lulus:
Alasan tidak lulus boleh disemak di portal MySTR pada bahagian “Semakan Status”. Setiap permohonan yang tidak lulus akan diberikan kod atau sebab penolakan tertentu.

rayuan str 2026

3. Permohonan Rayuan:
Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” boleh membuat rayuan dalam tempoh yang akan diumumkan secara rasmi. Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal STR atau secara manual di pejabat LHDNM dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang diperlukan.

rayuan str

Cara Buat Rayuan STR untuk Fasa 4 2026

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Secara Dalam Talian (Online):

  • Layari portal rasmi STR.
  • Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  • Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.

Secara Manual di Kaunter LHDNM:

  • Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
  • Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
  • Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
  • Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima

NOTA: Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2026. Rujuk senarai dokumen mengikut Alasan Tidak Lulus.

Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Diperlukan

Berikut ialah alasan Tidak Lulus STR dan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR: (kemaskini 1 Jun 2026)

Image from: STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026

Image from: STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026
Image from: STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026
Image from: STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026
Image from: STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026
Image from: STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026
Image from: STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026
Image from: STR Fasa 4 – Rayuan / Permohonan Baharu Buka Hingga 30 Sept 2026

    Cara Buat Permohonan Baharu STR untuk Fasa 4

    Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kelayakan Fasa 4 tahun 2026 boleh dilakukan sama ada secara dalam talian (online) atau secara fizikal di cawangan LHDN sebelum tarikh tutup pada 30 September 2026.

    Kaedah 1: Permohonan Online

    1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDN.
    2. Di halaman utama, klik pada butang Permohonan Baharu.
    3. Anda boleh pilih sama ada mahu meneruskan permohonan menggunakan MyDigital ID atau klik Ya, Teruskan untuk pendaftaran biasa tanpa MyDigital ID.
    4. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan anda dan klik Semak.
    5. Lengkapkan borang digital yang disediakan dengan mengisi:
      • Maklumat peribadi (nombor telefon bimbit, pekerjaan, pendapatan kasar bulanan).
      • Maklumat pasangan dan anak/tanggungan (jika berkaitan).
      • Maklumat akaun bank pemohon untuk urusan pengkreditan duit bantuan.
    6. Sertakan salinan dokumen sokongan digital yang diperlukan (contoh: Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian Pasangan) berdasarkan status perkahwinan anda.
    7. Sahkan kod keselamatan, buat perakuan setia, dan klik Hantar untuk menyelesaikan permohonan.

    Kaedah 2: Permohonan Secara Manual (Fizikal)

    1. Ambil Borang: Datang ke mana-mana Pejabat HASiL (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil (PKH), atau cawangan UTC terdekat. Anda juga boleh memuat turun dan mencetak Borang Permohonan STR 2026 (BK-01) secara mandiri.
    2. Isi & Sediakan Dokumen: Lengkapkan borang tersebut dengan pen hitam dan sediakan salinan fizikal dokumen sokongan seperti kad pengenalan serta sijil berkaitan status perkahwinan.
    3. Serah di Kaunter: Hantar borang yang telah lengkap di kaunter perkhidmatan LHDN sebelum tarikh akhir tamat.

    Dokumen Sokongan yang Wajib Disediakan

    • Pemohon Berstatus Janda/Duda/Balu: Salinan Sijil Kematian Pasangan.
    • Pemohon Berstatus Kahwin: Salinan Sijil Perkahwinan rasmi.
    • Pemohon Berstatus Cerai: Salinan Sijil Cerai / Dokumen Mahkamah.

    Tarikh Bayaran Permohonan Baru & Rayuan STR Fasa 4 2026

    Tarikh rasmi pembayaran bagi Permohonan Baharu dan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 untuk tahun 2026 masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

    Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

    Lupa Kata Laluan STR

    Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

    Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

    Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

    Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

    1. Layari laman web STR di pautan
    2. Klik “Terlupa Kata Laluan
    3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
    4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
    5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
    6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
    7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
    8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

    Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

    Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

    Maklumat Lanjut

    Untuk menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

    i. Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
    ii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    iii. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    iv. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
    v. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.

    Muat turun Soalan Lazim STR 2026 (UPDATE 1 JUN 2026)

    Soalan Lazim – STR Fasa 4

    Siapakah yang layak dan perlu membuat Permohonan Baharu STR 2026 dalam tempoh Fasa 4 ini?

    Pemohon yang memenuhi kriteria berikut wajib menghantar permohonan baharu sebelum 30 September 2026:
    – Tiada sebarang rekod pendaftaran di dalam sistem data STR 2025.
    – Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
    – Pendapatan bulanan individu bujang / tiada pasangan / tiada anak adalah RM2,500 dan ke bawah

    Siapakah yang dibenarkan untuk mengemukakan Permohonan Rayuan Fasa 4?

    Individu yang layak membuat rayuan adalah pemohon yang memegang status “Tidak Lulus” semasa semakan keputusan fasa sebelumnya (Fasa 2, Fasa 3, atau Fasa 4).

    Pasangan saya (pemohon utama STR 2025) telah meninggal dunia. Adakah saya boleh memohon?

    Ya. Pasangan perlu mengemukakan permohonan baharu dengan status perkahwinan terkini (Balu/Duda). Sila lampirkan salinan sijil kematian pasangan bersama dokumen sokongan lain.

    Bagaimanakah cara untuk menghantar borang permohonan atau rayuan ini?

    – Secara Dalam Talian (Online): Log masuk dan buat permohonan terus melalui laman Portal Rasmi STR LHDN.
    – Secara Manual: Hadir ke Pejabat HASiL yang berdekatan, UTC, atau Kaunter Khidmat Pelanggan LHDN untuk menyerahkan borang fizikal yang lengkap beserta dokumen sokongan.

    Jika permohonan baharu atau rayuan saya pada Fasa 4 ini LULUS, bilakah tarikh bayaran akan diterima?

    Tarikh rasmi bagi semakan keputusan kelulusan serta kemasukan amaun pembayaran bagi permohonan Fasa 4 ini akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa selepas tarikh tutup permohonan.

    Bagaimanakah duit bantuan STR Fasa 4 disalurkan kepada penerima?

    Proses agihan bantuan dikendalikan melalui dua kaedah utama:
    – Kredit ke Akaun Bank: Duit dimasukkan terus ke akaun bank aktif pemohon / pasangan yang didaftarkan semasa memohon.
    – Tuntutan Tunai (BSN): Bagi mereka yang tiada akaun bank atau transaksi kredit ke bank gagal, penunaian boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad asal.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved