Strategi atasi kesesakan Jalan Bangsar sedang dirangka

LocalPolitics
1 Aug 2025 • 6:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Strategi jangka pendek dan panjang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Bangsar, di sini dirangka melalui perbincangan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta wakil pemaju di bangunan Parlimen, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Fahmi berkata Bangsar merupakan kawasan yang sedang membangun dengan begitu pesat, maka setiap projek baharu mesti dirancang secara teliti agar manfaatnya dirasai rakyat selain memastikan kesejahteraan penduduk setempat dipelihara.

“Dengan komitmen padu daripada semua pihak, kita boleh mencari penyelesaian yang bukan sahaja berkesan untuk mengurangkan kesesakan, tetapi juga mengekalkan Bangsar sebagai kawasan tersusun, selesa dan kondusif untuk didiami,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved