Strategi komprehensif Tahun Melawat Sabah: Andi

LocalTravel
24 Jul 2026 • 5:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Strategi komprehensif Tahun Melawat Sabah: Andi

KERAJAAN Negeri sedang merangka strategi komprehensif bagi memastikan kempen Tahun Melawat Sabah 2027 mampu memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif, Dewan Undangan Negeri diberitahu pada Rabu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal (gambar) berkata kempen itu merupakan agenda strategik Kerajaan Negeri yang bukan sahaja bertujuan meningkatkan jumlah kedatangan pelancong malah memperkukuh rantaian nilai pelancongan merangkumi sektor penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, kraftangan serta produk pelancongan berasaskan komuniti.

“Walaupun konflik geopolitik memberi kesan secara langsung kepada sektor pelancongan Sabah, kementerian kekal komited menerajui agenda Tahun Melawat Sabah Kerajaan Negeri. Pada masa sama, sesi libat urus sedang diadakan bersama pemain industri dan pemegang taruh bagi mengenal pasti serta menyelaras program dan aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah kempen ini,” katanya ketika menjawab pertanyaan Samuel Wong (Warisan-Luyang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Rabu.

Beliau berkata kementerian menerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan mempergiat usaha promosi dan pemasaran yang disasarkan termasuk membantu memasarkan pakej pelancongan tempatan, meluaskan akses pasaran kepada pengusaha kecil serta menyediakan insentif dan sokongan promosi khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta komuniti setempat.

Menjawab soalan tambahan daripada Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong mengenai usaha mempromosikan Geopark Kinabalu yang diiktiraf Unesco, Andi berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa tiada usaha promosi dilakukan.

Katanya, STB telah melaksanakan promosi secara meluas dan Ketua Menteri baru-baru ini turut merasmikan satu program berkaitan rizab biosfera yang secara tidak langsung mempromosikan Geopark Kinabalu serta geopark lain di Sabah.

Beliau turut memaklumkan bahawa aktiviti promosi Tahun Melawat Sabah 2027 akan dilaksanakan berasaskan tiga tema utama iaitu budaya, pengembaraan dan alam semula jadi manakala kalendar rasmi kempen itu dijangka diumumkan pada penghujung tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved