Strategi Semikonduktor Kebangsaan Akan Merancakkan Pelbagai Sektor Teknologi Baru – Siemens Malaysia

TechnologyDigital
14 Jun 2024 • 6:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal bulan ini, di acara Semicon SEA 2024, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan pelan National Semiconductor Strategy, ataupun Strategi Semikonduktor Kebangsaan yang memperlihatkan inisiatif kerajaan untuk memajukan lagi sektor semikonduktor kebangsaan yang dilihat sebagai salah satu pasaran pembangunan dan pemasangan cip semikonduktor yang penting di skala global.

image is not available

NSS akan hadir dengan suntikan pelaburan sebanyak RM25 bilion dari pelbagai pihak, untuk melatih seramai 60 ribu jurutera semikonduktor dalam jangka masa lima ke sepuluh tahun untuk meningkatkan jumlah pakar dan sekaligus meningkatkan jumlah syarikat tempatan yang mahir dalam industri ini.

Siemens Malaysia, sebuah syarikat pembekal teknologi didalam pelbagai jenis sektor baru-baru ini juga telah memberi sokongan terhadap strategi baru ini, dan mengatakan bahawa mereka akan memberi sokongan penuh kepada pihak kerajaan untuk membina sektor pembangunan semikonduktor yang lestari dan berdaya saing untuk jangka-masa yang lama.

Tindaro Danze, CEO Siemens Malaysia mengatakan bahawa pelan NSS ini juga akan merancakkan sejumlah industri teknologi di negara ini, seperti pembangunan teknologi kenderaan elektrik dan kecerdasan buatan. Ia bukanlah satu rahsia bahawa kedua-dua sektor teknologi ini adalah pendorong utama permintaan tinggi untuk cip-cip semikonduktor global sekarang.

image is not available

Untuk Siemens, keutamaan mereka ialah untuk membangunkan kelengkapan R&D dan pengilangan cip semikonduktor yang lestari, pendigitalan dan pengautomasian kilang dan juga membangunkan infrastruktur yang cekap dari segi penggunaan tenaga elektrik, air dan sebagainya.

Sebagai contoh, sistem Facility Monitoring and Control System mengintegrasikan semua kawalan kilang didalam satu platform, menjanjikan kadar produktiviti pengilangan yang tinggi, disamping memastikan bahawa penggunaan tenaga, air dan jejak karbon mana-mana fasiliti mereka berada pada tahap rendah dan terkawal.

Dalam pada itu, teknologi pengautomasian yang ditawarkan oleh Siemens juga hadir dengan ciri ramalan penyelenggaraan yang menggunakan data, pengimbas dan AI untuk memberi anggaran masa penyelenggaraan sistem yang perlu dilakukan untuk memastikan kilang-kilang beroperasi pada kadar yang optimum.

Penyertaan Siemens di Semicon SEA 2024 menggariskan komitmen mereka untuk menyokong industri semikonduktor Malaysia melalui inovasi, kemampanan dan pembangunan tenaga kerja.

View Original Article