Strategi Semikonduktor Nasional terus tarik pelabur asing - PM

LocalPolitics
10 Feb 2025 • 5:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (depan) menerima hormat daripada Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited, Will Abbey (kiri) yang turut disertai Rafizi (kanan). Foto FB Anwar

KUALA LUMPUR - Pertemuan antara kerajaan dan Arm Limited membuktikan bahawa dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional serta lain-lain kelebihan negara terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pertemuan tersebut menyaksikan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited, Will Abbey disertai Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, bertukar pandangan mengenai hala tuju teknologi pengkomputeran bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama dalam ekosistem semikonduktor dan pusat data.

"Arm Limited, syarikat berpangkalan di United Kingdom, merupakan peneraju dunia dalam teknologi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pengkomputeran global.

"Syarikat itu juga berperanan sebagai arkitek, membangun serta melesenkan penyelesaian hak harta intelek (IP) berprestasi tinggi, kos rendah dan cekap tenaga,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook, pada Isnin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved