Strategi untuk selesai isu berkaitan pemilikan tanah

4 Dec 2022 • 1:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Jabatan Tanah dan Ukur telah melaksanakan beberapa strategi untuk menyelesaikan isu berkaitan pemilikan tanah di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar, kata Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata strategi utama ialah menyelesaikan tunggakan permohonan tanah di semua daerah dengan memproses semua permohonan tanah secara berkelompok berdasarkan kawasan yang dipohon, dengan menggunakan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan teknologi geospatial terkini.

“Berdasarkan perangkaan permohonan tanah, jumlah permohonan tanah tertunggak pada 1 Jan 2015 ialah 280,695,” katanya semasa sesi soal jawab.