Stres Kerja Seharian, 3 Pusat Medispa Sekitar Kuching Anda Harus Kunjungi

10 Oct 2022 • 9:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Self-reward’ untuk kecantikan diri anda

Stres Kerja Seharian, 3 Pusat Medispa Sekitar Kuching Anda Harus Kunjungi. Selepas penat seharian bekerja sudah pasti anda akan berasa letih dan ianya akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan anda.

Bukan sahaja badan berasa letih, malah muka juga menjadi kusam sehingga diri tidak teratur membuatkan diri sendiri tiada ‘seri’ di hadapan orang lain.

Pernahkah anda bayangkan rawatan yang melegakan segala kelelahan yang anda tanggung selama beberapa minggu hilang sekelip mata? Haa, ini antara pusat spa yang anda harus kunjungi untuk mengembalikan keayuan wajah dan kesihatan tuhub anda.

image is not available
Stres Kerja Seharian, 3 Pusat Medispa Sekitar Kuching Anda Harus Kunjungi

Pusat medispa sekitar Kuching

Hannan Medispa Metrocity

Terletak di Metrocity, Matang, terapi Hannan Medispa tertumpu terutamanya pada muka, jerawat dan pigmentasi serta pelangsingan badan. Selain itu, terdapat juga rangkaian luas produk kecantikan dan penjagaan kulit secara peribadi Hannan Cosmetics yang sesuai untuk setiap jenis kulit.

Antara perkhidmatan yang istimewa di sini adalah cosmetic dematology, hair removal treatment, body slimming treatment, skin analysis dan consultancy.

Waktu beroperasi: Setiap hari, 10 Pagi – 7 Malam

Alamat: NO. 8C LOT 14188 METROCITY SECTION 65 KTLD, 93050 Kuching, Sarawak

image is not available
Hannan Medispa Metrocity. Kredit foto: Media Sosial

Borneo Medispa Kuching

Terletak di tengah bandar raya Kuching, Borneo Medispa memfokuskan pada rawatan muka berkualiti premium untuk memperbaiki pigmentasi, parut jerawat, penuaan kulit dan mengembalikan cahaya muda.

Waktu beroperasi: Setiap hari, 10 Pagi – 8 Malam

Alamat: A2, Ground Floor, The Laksamana Commercial Suites, Q130B, 93200 Kuching, Sarawak

image is not available
Borneo Medispa Kuching. Kredit foto: Media Sosial

Elite Estetik Medispa

Elite Estetik Medispa menyediakan perkhidmatan facial yang berkualiti dan premium dengan harga yang berpatutan. Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah facials, acne treatment, pigmentation treatment, hair removal & brightening.

Waktu beroperasi: Setiap hari, 10 Pagi – 6 Petang

Alamat: Lot 13356, Sublot 40, First Floor, Jalan Merdeka, Off Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, 93050, 93050 Kuching, Sarawak

image is not available
Elite Estetik Medispa. Kredit foto: Media Sosial

Lagi tempat menarik sekitar Kuching anda harus kunjungi:

View Original Article