Struktur bumbung runtuh hempap kereta

16 Aug 2023 • 12:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beberapa kenderaan mengalami kerosakan dipercayai dihempap sebahagian struktur bumbung bangunan Taman Usahawan Kuchai menempatkan pejabat dan kedai di Kuchai Lama, Seputeh dalam kejadian pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Beberapa kenderaan dilaporkan rosak teruk dipercayai dihempap sebahagian struktur bumbung bangunan Taman Usahawan Kuchai menempatkan pejabat dan kedai di Kuchai Lama,Seputeh dalam kejadian pada Selasa.

Difahamkan, bangunan tersebut turut menempatkan Pusat Khidmat DAP Seputeh.

Difahamkan beberapa kenderaan tersebut rosak dipercayai terkena serpihan struktur bumbung yang terjatuh.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi kenyataan ringkas memaklumkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

"Setakat ini kejadian tidak melibatkan mangsa, sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Kejadian tersebut sebelum itu dirakam penduduk berhampiran sebelum memuat naik kejadian di Facebook kira-kira jam 10 malam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved