Struktur Haram Di Hutan Simpan, JPNS Pindah Peralatan Kuil Dengan Cermat

LocalPolitics
19 Feb 2026 • 9:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi menangani aktiviti pencerobohan serta pembinaan struktur tanpa kelulusan.

Struktur haram di hutan simpan

Menurut laporan Media Selangor, operasi bersepadu itu menyasarkan sebuah kuil yang dikenal pasti didirikan tanpa kebenaran dalam kawasan hutan simpan berkenaan.

image is not available

Foto: NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR

Tindakan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang hutan negeri dengan pendekatan profesional serta mengambil kira sensitiviti agama.

Penolong Pengarah Kanan JPNS, Mohd Shafie Mahamud berkata, pada peringkat awal pihak pengurusan kuil cuba mempertahankan struktur tersebut dengan beberapa alasan.

image is not available

Foto: NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR

Bagaimanapun, selepas sesi penerangan dan rundingan diadakan, pihak terbabit akhirnya akur terhadap undang-undang yang sedang dikuatkuasakan.

Artikel lain: Jangan Persoal! Istilah Kuil Haram Tepat Dari Sudut Perundangan – Peguam

image is not available

Foto: NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR

Menurut beliau, proses pemindahan peralatan kuil termasuk berhala dilakukan secara cermat, teratur dan selamat bagi mengelakkan sebarang kerosakan.

“Kita sudah berbincang dengan pihak kuil untuk pemilik pindahkan semua barang-barang. Dia setuju dan setelah dikosongkan baru kita robohkan struktur bangunan,” katanya.
image is not available

Foto: NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR

Mohd Shafie berkata demikian ketika ditemui Media Selangor ketika Ops Risi bagi mengalihkan struktur binaan rumah ibadat di Hutan Simpan Kapar Tambahan pada 12 Februari lalu.

image is not available

Foto: NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR

image is not available

Foto: NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR

Ops Risi turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa bagi memastikan operasi berjalan lancar serta mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

JPNS menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memelihara kelestarian hutan simpan, mengawal aktiviti pencerobohan serta memastikan sebarang pembangunan dilaksanakan secara sah dan terancang demi kepentingan alam sekitar serta generasi akan datang.

Sumber: Media Selangor (Ahmad Nahar Sulaiman)

The post Struktur Haram Di Hutan Simpan, JPNS Pindah Peralatan Kuil Dengan Cermat appeared first on Borak Daily.